Cara Pengeposan

 Assalamualaikum.
Antara masalah utama untuk peniaga yang baru berjinak-jinak dengan online business adalah untuk mengetahui cara yang paling ideal dan mudah untuk menghantar barang kepada pelanggan. Ditambah pula dengan perkembangan yang pesat dalam dunia perniagaan online, pembeli sudah tidak perlu bersusah payah ke kedai untuk membeli barangan yang dikehendaki. Hanya pilih barangan, buat bayaran dan kemudian barang yang dibeli akan sampai di depan rumah. So easy :)
Biasanya, untuk menghantar barang kepada pelanggan, kita perlu bungkus dahulu barang dengan kotak sendiri, balut kotak, bawa ke pejabat pos untuk timbang berat barang, buat bayaran dan selesai. Tetapi dengan adanya pakej prabayar daripada Pos Laju ini telah memudahkan para peniaga untuk menghantar barang.
Pakej Prabayar daripada Pos Laju
Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barangyang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.
Nak Dapatkan di mana?
Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:

  • Mana-mana outlet Pos Malaysia
  • Cawangan-cawangan Pos Laju
  • Pusat servis Pos Laju
  • Kiosk-kiosk Pos Laju
  • Agen yang dilantik Pos Laju


Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah kita. PENERIMA adalah customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib di isi ye.. Dah isi borang then pegi timbang n bayar.. SETTLE ^___^
Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.
Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg untuk penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna oren dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan.


PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA
Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang korang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan je tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.


PLASTIK PRABAYAR UNTUK SABAH SARAWAK


Untuk sampul dan kotak prabayar berwarna oren, kawasan perkhidmatan adalah merangkumi:
  • Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia
  • Sabah ke Sabah
  • Sarawak ke Sarawak
Untuk sampul dan kotak prabayar berwarn biru pula, kawasan perkhidmatan merangkumi:
  • Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak
  • Sabah/Sarawak ke Semenanjung Malaysia
  • Sabah ke Sarawak
  • Sarawak ke Sabah
  • Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren)
Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru )

Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
  1. Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
  2. Isikan maklumat dalam nota kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
  3. Masukkan nota kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar. 
  4. Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran.
PENTING!!!
  • Pastikan anda mendapat salinan nota kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk mengetahui status barang anda berada di mana.
  • Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri).

29 comments:

Poslaju Tracking said...

Terima kasih. Saya baru je start guna memang best sebab murah giler! hehe

Unknown said...

Sampul prabayar tu kita boleh beli banyak2 terus ke?

Unknown said...

Sangat2 membantu..terima kasih dgn perkongsian ini.mudah utk difahami

Unknown said...

Smpul prabayr tu yg beli kt pjbt pos ka

fatin95 said...

saya nak tanya..contoh kita nk pos biskut or kerepek.. mana pos yg ok ya?

Unknown said...

kalau guna sampul prabayar. mmg x kena cas langsung ke? contoh insurans dan lain²?

farahtayah said...

Terima kasih! Sangat-sangat membantu

Anne said...

Terima kasih & murah rezeki

Unknown said...

Maaf, nak tanya. Boleh pos brg berbentuk cecair ke Sabah & Sarawak ke?

Anonymous said...

Terima kasih

Unknown said...

Terima kasih.semoga murah rezeki

Unknown said...

Alhamdulillah... Mudah di fahami... Terima Kasih 😊

Unknown said...

Klo pos cecair mcm mne ye

Anonymous said...

Kalau post barang yang berkaitan makanan tu macam mane plak?

Unknown said...

Klau guna sampul ni tak payah print ape2 ke untuk letak dekat barang tu?

Anonymous said...

Tak bole,, tapi kekadang saya pos juga minyak wangi ke sabah.. tapi saya declare tu minyak wangi saya bagitahu benda lain..

Anonymous said...

Memang kalau bagitahu cecair tak lepas..

Unknown said...

Kalau pos laptop... Mcm mne ekh?

Unknown said...

kalo satu pack rm2 jee , ade 10 plastik dlm tu

Unknown said...

Macam mana nak lekatkan kertas tu kat sampul

siti norani said...

1.Kalau kita ada plastik pos sendiri (yang kosong tiada logo poslaju) boleh pakai ke?
2.Kertas yang untuk diisi tu perlu dibayar ke? Harganya asing asing dgn plastik prabayar atau sekali?

shaa said...

Klu guna plastic sendiri tp consignment notes dari poslaju , macam mana diorang timbang berat atau pengiraan postage ?

shaa said...

Hii.. kalau guna plastic sendiri tapi consignment notes dari poslaju , macam mna cari diorang timbang atau pengiraan postage barang?

shaa said...

Hii.. kalau guna plastic sendiri tapi consignment notes dari poslaju , macam mna cari diorang timbang atau pengiraan postage barang?

Fidelia said...

Poslaju postage boleh kah penerima yang bayar postage

Gina96 said...

Boleh ke klau kita nak bli dulu kotak kat poslaju then bawa balik rumah...??

Gina96 said...

Brpa ye klau kita nak pos buku ke johor...agak2 brpa postage ye....??

Gina96 said...

Brpa ye klau kita nak pos buku ke johor...agak2 brpa postage ye....??

Unknown said...

hiii..boleh tak sy beli nak beli consignment notes..sebab sampul masih byk tp kertas tu tak cukup..sebab ade yg salah tulis dan dah tulis tp tak jadi pos..sampul masih byk lagi dalam 20 keping tanpa kertas..